Assalamualaikum, Selamat Pagi

Harini kita nak membincangkan tentang khasiat Sayur Kangkung.
Dekat Malaysia ni, biasakan jumpa sayur kangkung ?

Kangkung adalah tanaman yang telah banyak ditanam dalam budaya orang Asia sejak beberapa generasi. Oleh kerana proses penjagaan dan penuaian yang agak mudah dan permintaan yang semakin  meningkat, kangkung merupakan tanaman pilihan bagi kebanyakkan petani.
Disebabkan itu sayur kangkung ini menjadi pilihan kita seisi keluarga kerana mudah dicari dan juga sedap.

Yang bagusnya sayur kangkung ini mempunyai pelbagai nutrisi dan memberi kebaikan kepada kesihatan. Kangkung kaya dengan vitamin dan mineral dan juga merupakan sumber serat yang baik. Selain itu, ia juga rendah dengan kalori dan lemak.

Antara khasiat sayur kangkung yang lain ialah

1. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Kandungan nutrien berkhasiat seperti vitamin A, vitamin C dan Beta karotena yang tinggi boleh menghalang pengoksidaan kolesterol dengan berfungsi sebagai antioksida. Ini boleh menghalang penyumbatan arteri-arteri dan menurunkan risiko penyakit jantung. Selain itu, folat di dalam kangkung boleh menurunkan kadar homosistein di dalam darah yang mana dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

2.  Melancarkan Proses Penghadaman

Kangkung mempunyai kandungan serat yang tinggi di mana 100-grams kangkung mengandungi 2.1gram serat. Kangkung merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.

3. Mencegah Penyakit Kencing Manis

Kandungan serat dalam kangkung juga dapat mengawal paras gula dalam darah secara perlahan supaya gula dalam darah tidak naik secara mendadak.

4. Memelihara Kesihatan Mata

Kangkung mengandungi komponen zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen yang memberi warna dalam sayur-sayuran. Komponen ini dapat mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab kebutaan. Ia berfungsi untuk menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina. Selain itu, bayam mengandungi vitamin A, yang merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.

5. Menguatkan Tulang

Nutrien seperti kalsium dan magnesium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Setiap 100g kangkung memenuhi 8% keperluan kalsium dan 18% keperluan magnesium dalam sehari. Pengambilan kangkung yang kerap boleh menghalang daripada osteoporosis atau kerapuhan tulang

6. Meningkatkan Sistem Imun Badan 

Kandungan vitamin A, vitamin C, vitamin E, magnesium dan zink yang tinggi dapat membantu melawan jangkitan dan menghasilkan sel-sel yang diperlukan bagi menyokong sistem ketahanan badan.

Haa. dah baca kan? Rugi lah kalau korang ni tak makan kangkung. Banyak khasiatnya tu. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua, InsyaAllah.

 

Share This