Assalamualaikum Semua

Siapa kat sini suka sangat makan sayur hijau ?

Terdapat banyak sayuran hijau yang kita boleh dapati, salah satunya ialah sayur bayam.
Ada dua jenis bayam yang sangat popular di Malaysia iaitu sayur bayam hijau dan sayur bayam merah. Biasanya sayur ini hanya dimasak tumis air sahaja. Namun, sebenarnya banyak lagi hidangan yang sedap kita boleh hasilkan menggunakan sayur berkhasiat ini.

Antara khasiat sayur bayam yang boleh didapati ialah

1. Mempunyai Sumber Vitamin C
Keperluan vitamin C ialah 70mg sehari bagi dewasa Vitamin C juga boleh didapati pada bayam . 1 genggam bayam yang sudah dimasak mempunyai 15mg sumber vitamin C. Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang bertanggungjawab di dalam memberi struktur tulang, otot dan salur darah.

2. Mempunyai Sumber Vitamin K 
Vitamin K membantu dalam pembekuan darah dengan menghasilkan prothrombin dan ini membantu proses pembekuan darah bagi seseorang yang mengalami masalah darah lambat beku. Manfaat vitamin K ini juga memberi peranan dalam proses pembentukan tulang kerana membantu dalam mengawal paras kalsium dalam darah.

3. Baik Untuk Mata
Sayur bayam diperkaya dengan antioksidan seperti beta karoten, lutein dan zeaxanthin yang memberi kebaikan kepada penjagaan mata. Beta karoten yang terkandung dalam bayam berupaya mengurangkan masalah mata seperti keradangan, ulser kornea dan mata kering. Bagi lutein dan zeaxanthin pula, ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi mata daripada sinar UV. Ia juga mampu mengurangkan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan katarak mata.

4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung 
Di dalam sayur bayam mempunyai satu jenis pigmen. Ianya dikenali sebagai lutein dan lutein dikatakan mempu mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung, dan strok.

5. Membantu Sistem Penghadaman
Bayam memiliki kandungan air dan serat yang tinggi. Serat ialah sejenis bahan yang tidak dapat dicerna oleh usus dan merupakan komponen penting dalam penjagaan sistem pencernaan. Serat membantu mempercepat pergerakan makanan di dalam perut yang mana dapat mencegah masalah sembelit. Selain itu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa pengambilan serat yang cukup dapat mengurangkan risiko keradangan usus yang biasanya terjadi.

6. Mengurangkan Risiko Sakit Kanser 
Sayuran hijau termasuklah bayam mengandungi klorofil. Kajian menunjukkan klorofil mampu mencegah kesan karsinogenik yang terhasil semasa proses memasak pada suhu yang tinggi yang mana ia boleh mencetuskan pertumbuhan barah.

Semoga info yang diberi ini bermanfaat pada anda semua.

Share This