Assalamualaikum Selamat Pagi semua.

Harini kita nak bincangkan tentang sayur kubis.
Sayur kubis atau nama saintifiknya Brassica oleracea adalah sejenis sayuran berdaun yang tergolong dalam keluarga Brassica seperti brokoli, sayur park choy dan bunga kubis.

Ia mempunyai rupa seperti salad yang mempunyai banyak lapisan daun yang boleh dimakan dan boleh didapati dalam pelbagai saiz serta bentuk.

Sayur kubis boleh tumbuh daripada 0.5 hingga 4 kilogram dan ia kaya dengan kandungan vitamin dan mineral. Ia hampir tidak mempunyai lemak dan sangat kaya dengan serat yang membuatnya sihat untuk dimakan.

Antara khasiat sayur kubis yang kita boleh dapati ialah

  • Membantu Menurunkan Berat Badan
    Sayur kubis mempunyai serat yang boleh memberi rasa kenyang dan puas apabila dimakan sekaligus mencegah seseorang daripada makan berlebihan. Serat yang ada di dalam kubis juga boleh mememberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

 

  •  Menguatkan Tulang
    Sayur kubis juga mempunyai sumber vitamin K. Vitamin K boleh meningkatkan ketumpatan mineral dalam pesakit osteoporosis dan juga mengurangkan kadae keretakan

 

  • Bagus Untuk Kulit
    Sayur kubis kaya dengan antioksidan seperti vitamin C. Antioksidan adalah peranan penting untuk kesihatan kulit dan badan. Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen. Vitamin C juga dapat meneutralkan atau membuang pengoksidaan yang berpunca daripada pencemaran sekeliling dan sinaran UV.

 

  • Merendahkan Kadar Kolestrol 
    Sayur kubis mempunyai aktiviti hypolipidaemia yang boleh membantu menurunkan paras jumlah kolesterol dan kolesterol jahat (LDL-kolesterol) serta meningkatkan paras kolesterol baik (HDL-kolesterol). Hal ini kerana kandungan serat yang terdapat di dalam kubis yang berperanan mengawal paras kolesterol dalam darah.

 

  • Merendahkan Tekanan Darah
    Sayur kubis mengandungi kalium yang berfungsi untuk mengawal otot jantung, menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan aliran darah seterusnya menurunkan dan mengawal tekanan darah supaya menjadi normal.

 

  • Mengawal Paras Gula Dalam Darah 
    Sayur kubis mempunyai serat yang boleh membantu melambatkan penyerapan gula di dalam darah sekaligus boleh mencegah paras gula daripada menjadi tinggi secara mendadak.

Demikian adalah sedikit info mengenai khasiat sayur kubis. Semoga info yang diberi ini bermanfaat dan berguna pada anda semua.

Share This