Assalamualaikum Semua

Hari ini kita nak kongsikan sedikit info mengenai khasiat sayur sawi.
Sawi merupakan sayuran hijau yang ditaman sebagai makanan. Ia tergolong dalam spesies B. juncea. Sawi mempunyai rasa lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila dimakan.

Jika sebelum ini hanya tahu makan saja, kali ni jom kita sama-sama ambil tahu akan khasiat dan kebaikan sawi yang pada tubuh badan manusia. Apakah manfaat sayur sawi ini sebenarnya?

1. Mengandungi Sumber Vitamin K
Vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Selain itu, kajian juga mendapati bawaha vitamin K memainkan peranan dalam kesihatan tulang, jantung dan juga mencegah kanser.
Namun begitu, bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin, makanan yang mengandungi vitamin K yang tinggi boleh mengurangkan kesan ubat tersebut. Ini kerana warfarin berfungsi untuk mencegah pembekuan darah manakala vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah.

2. Kaya Dengan Antioksidan
Sayur sawi mengandungi banyak antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, beta-karotena, luterin dan zeaxantin. Antioksidan ialah sebatian yang boleh dijumpai dalam sayur-sayuran dan buah buahan. Sebatian ini bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel badan daripada rosak akibat daripada radikal bebas.

3. Baik Untuk Jantung
Sawi adalah bagus untuk kesihatan jantung. Ini kerana, ia mengandungi antioksida seperti beta karotena dan flavonoid yang membantu untuk mencegah risiko penyakit jantung. Menurut satu kajian yang dijalankan pada 2016, pengambilan sayuran hijau daripada spesies Brassica ini menunjukkan penurunan risiko penyakit jantung sebanyak 15%.

4. Kaya Dengan Serat dan Mineral
Serat dan mineral ini dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan gula darah. Ia juga dapat mencegah diabetes dan kanser kolon.

Sayur sawi sendiri terbukti baik digunakan untuk mengatasi pelbagai gangguan penyakit termasuk mengurangkan risiko kanser dan menyembuhkan luka dengan cepat. Disebabkan sayur sawi boleh bantu sembuhkan luka dengan cepat maka ia sering diamalkan sebagai salah satu menu untuk ibu berpantang lepas bersalin.

Para pesakit diabetes juga elok mengamalkan sayur sawi dalam diet makanan seharian kerana sayur sawi ini turut mengandungi antioksidan yang dikenal dengan alpha licoic acid yang bermanfaat untuk menjaga kadar gula darah.

Itu sahaja untuk perkongsian harini, semoga bermanfaat.

Share This