Assalamualaikum, harini semua sihat ke ?

Alhamdulillah syukur kita diberikan kesihatan yang baik lagi harini, buat yang kurang sihat semoga diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh. Aamiin

Okay harini kita nak cakap tentang Khasiat Kacang Kuda. Kacang kuda atau nama saintifiknya Cicer arietinum L. juga dipanggil kacang garbanzo. Ia salah satu tanaman tertua di dunia yang dipercayai berasal dari Turki dan Syria. Malah menjadi sebahagian daripada diet tradisional selama lebih 7500 tahun. Kacang kuda mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan.

Antaranya ialah :

1. Dapat Membantu Mengawal Selera Makan
Protein dan serat dapat membantu mengenyangkan perut dan melambatkan penghadaman. Selain itu, protein di dalam kacang kuda dapat meningkatkan tahap hormon untuk mengurangkan selera makan.

2. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Magnesium dalam kacang memainkan peranan penting sebagai nutrien yang boleh menurunkan tahap tekanan darah. Ia merupakan punca utama kepada penyakit jantung. Manakala serat di dalamnya membantu menurunkan tahap kolesterol jahat di dalam darah anda.

3. Menghilangkan Kedutan
Kacang ini boleh digunakan untuk bersihkan muka. Caranya ialah campurkan pes kacang kuda dengan kunyit kemudian sapukan di muka pada waktu pagi. Biarkan selama 15 minit kemudian basuh dengan air sejuk. Cara ini boleh mengurangkan bintik-bintik dan mencerahkan muka.

4. Mencegah Penyakit Kanser 
Kacang kuda mengandungi sebatian bioaktif yang berupaya dalam mencegah penyakit kanser berdasarkan mekanisme yang berbeza. Protein C-25 yang dikenali sebagai protein yang mempunyai kesan anti kulat membuktikan bahawa protein ini berpotensi sebagai anti bakteria dan juga agen penghalang pertumbuhan sel kanser.

5. Menstabilkan Bacaan Gula Dalam Darah
Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin.

6. Mambantu Pesakit Anemia
Penyakit anemia adalah kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Dengan memakan kacang kuda sebagai snek ia dapat meningkatkan paras hemoglobin dalam badan.

Itu sahaja info mengenai khasiat kacang kuda ini.Semoga bermanfaat buat anda semua.

 

 

Share This