Assalamualaikum semua, apa khabar ?
Macam dah lama kan tak update website ni, so harini admin nak cakap tentang khasiat Buah Epal Merah.
Haa kat sini mesti ramai yang suka makan buah kan ? Lagi2 yang tengah diet tu, bukan main banyak lagi dia makan buah kan. Bila dah makan mesti nak tahu juga apa khasiat nya kan ? Haa meh admin bagi tahu.
Antara Khasiat Epal Merah ialah
1. Epal Merah Membantu Menurunkan Berat Badan
Epal mengandungi kandungan serat yang tinggi, dan serat berfungsi melambatkan proses pencernaan dan membuatkan seseorang merasa kenyang lebih lama. Kajian menunjukkan individu yang mengambil epal sebelum makan utama akan merasa lebih kenyang dan puas berbanding individu yang mengambil sos epal, jus atapun tidak memakan epal langsung. Selain itu, memulakan hidangan dengan epal juga membantu seseorang untuk makan secara purata 200 kalori lebih sedikit berbanding mereka yang tidak mengambil epal.
2. Epal Merah dapat Mengurangkan Risiko Mendapat Strok
Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji warna isi buah dan kaitannya dengan kejadian strok. Didapati di dalam kajian tersebut, pengambilan buah dan sayur yang mempunyai isi berwarna putih seperti epal sebanyak 25 g/sehari mengurangkan risiko strok sebanyak 9%.
3. Epal Merah Dapat Membantu Melawan Asma
Epal yang kaya dengan antioksidan dapat membantu melindungi paru-paru daripada kerosakan oksidatif. Kajian mendapati bahawa mereka yang paling banyak makan epal mempunyai risiko asma paling rendah.
4. Epal Merah Dapat Menyihatkan Kulit
Kulit epal itu sendiri mempunyai anti oksida yang dapat memperbaiki kulit dan mencerahkan kulit sekaligus menyihatkan kulit. Ia juga mengandungi kolagen yang dapat menghalang kerosakan dan bertindak sebagai agen anti-aging serta baik untuk keanjalan kulit.
5. Epal Merah Baik Untuk Tulang
Satu kajian telah dijalankan dalam kalangan wanita berusi 19 ke 50 tahun di mana mereka diminta untuk mengambil epal segar, sos epal dan gula-gula. Analisa air kencing mendapati bahawa pengambilan epal mengurangkan kehilangan kalsium.
6. Epal Merah Baik untuk Ibu Mengandung
Antara kebaikan epal untuk ibu mengandung adalah dapat meningkatkan daya ketahanan badan semasa mengandung. Ketika mengandung sangat mudah terdedah kepada pelbagai penyakit akibat daripada kekurangan pemakanan dan kurang selera makan. Kerana epal adalah sumber antioksida yang berguna untuk meningkatkan sistem imun dalam menghapuskan pelbagai penyakit.
7. Epal Merah Bagus Untuk Penjagaan Gigi
Memakan epal juga dapat membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga dapat mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.
Ini adalah antara khasiat epal merah, semoga info yang diberi ini bermanfaat kepada anda semua.