Asalamualaikum semua. apa khabar sihat ke ?

Harini Sambaleena nak kongsikan resepi Ikan Siakap Telur Masin.

Haaa, kayangan sungguh ye bunyinya, kalau beli kat luar ni mahu berpuluh puluh, beratus-ratus, silap2 beribu. Kan ada yang viral ikan siakap sahaja beharga RM1196.80. Kalau macam kita ni tak mampu lah nak bayar kan, sebulan gaji habis macam tu je. Nak makan apa lepastu.

Tapi takpe jangan risau. Nak makan ikan siakap boleh beli je dekat Mydin. Harga baru RM9.99 seekor. Murah kan ? tapi takdelah besar macam ikan siakap harga RM1000 tu. Yang penting dapat makan bersama seisi keluarga. Betul tak ?

Ok jom kita teruskan dengan resepi Ikan Siakap Telur Masin Sambaleena ni.

Bahan-bahan yang diperlukan 👇

– Ikan Siakap
– Butter
– Bawang Putih
– Daun Kari
– Pes Telur Masin Sambaleena
– Susu Cair
– Cili Api

Cara Memasak

– Goreng Ikan Siakap
– Kuali baru, masukkan butter kedalam kuali
– Tumis bawang putih (potong dadu)
– Masukkan daun kari
– Masukkan pes telur masin sambaleena dan kacau
– Masukkan susu cair biarkan sehingga berbuih
– Masukkan cili api yang dipotong halus
– Boleh tuangkan kuah di atas ikan siakap yang telah digoreng tadi
– Sedia untuk dihidang

Yesss, so easy guys! Masak tak smpai 30 minit pun dah siap 😋 . Kalau korang nak tengok video cara kita masak asam pedas ni boleh tengok di ig sambaleena.my dan untuk korang yang nak dapatkan Pes Asam Pedas Sambaleena ini boleh cari di website sambaleena.com dan shopee sambaleena.hq.

Selamat Mencuba semuaa ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Share This