Assalamuaikum semua. sihat ke ?

Harini sambaleena nak kongsikan resepi Gulai Ayam Mek.

Biasanya kalau dengar je perkataan “MEK” ni mesti korang dah tahu dah kan dari negeri mana asalnya ? Haa Sudah semestinya berasal dari negeri Kelate. Betul tak ?  Kalau di Kelantan, masakan seperti kari ayam dikenali sebagai gulai ayam. Cara penyediaannya sama sahaja. Cuma berbezanya gulai ayam menggunakan rempah gulai keluaran dari Kelantan. Biasanya kuah agak pekat bila dikacau. Rasanya pun tidak masam seperti mana kari di sini.

Btw sambaleena hanya menggunakan pes gulai mek sahaja, dalam pes ini sudah terdapat Bawang Merah, Minyak Sawit, Rempah Gulai, Bawang Putih, Serai, Halia, Lengkuas, Kerisik, Santan, Asam Jawa, Rempah Ratus, Gula, Garam dan perasa yang dibenarkan. Jadi kat sini korang tak perlu susah2 lagi dah untuk sediakan bahan untuk memasak.

Okay jom teruskan cara memasak Gulai Ayam Mek ni.

– Mula-mula korang boleh masukkan pes Gulai Ayam Mek kedalam kuali
– Masukkan Ayam
– Masukkan Air
– Kacau dan tutup kuali, biarkan seketika sehingga ayam masak
– Kemudian boleh masukkan telur rebus (ini hanya optional tak masuk pun tak apa)
– Masukkan Cili Hidup (ini hanya optional tak masuk pun tak apa)
– Sedia untuk dihidang

Yesss, so easy guys! 😋 . Kalau korang nak tengok video cara kita masak gulai ayam mek ni boleh tengok di ig sambaleena.my dan untuk korang yang nak dapatkan Pes Gulai Mek Sambaleena ini boleh cari di website sambaleena.com dan shopee sambaleena.hq.

Selamat Mencuba
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Share This