Assalamualaikum semua ,

Akhir-akhir ini jumlah yang positive covid semakin tinggi ye, tambah pula di terengganu banjir, lepas itu KL pula, Allahuakbar, harapnya semua berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa dipermudahkan urusan, Aamiin.

Harini sis nak kongsikan khasiat buah kurma ,
Tinggal lagi berapa hari je kan nak puasa, dan semestinya buah kurma ni wajib ada dirumah masing-masing kerana bukan sahaja rasanya yang sedap, tapi mempunyai pelbagai khasiat lagi.

Antara khasiat yang terdapat dalam buah kurma adalah

1. Dapat Memberikan Sumber Tenaga
Kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang merangkumi sehingga 70% daripada buah kurma tersebut. Karbohidrat ringkas yang ada di dalam kurma ini adalah mudah terurai dan bertukar menjadi sumber tenaga, sekaligus mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga. Sebab itu kurma sering dimakan ketika berpuasa bagi meningkatkan tenaga kita seharian ketika bekerja walaupun tanpa makan tengahhari.

2. Mengawal Gula Dalam Darah
Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

3. Mempuanya sumber vitamin dan mineral
Kurma juga merupakan sumber vitamin yang bagus contohnya vitamin B dan vitamin C. Vitamin adalah sejenis antioksidan yang berperanan untuk melindungi sel badan daripada kerosakan  akibat daripada radikal bebas. Ia juga penting bagi meningkatkan sistem imun badan seterusnya membantu melawan jangkitan. Di samping itu, kurma juga mempunyai pelbagai jenis mineral termasuklah kalsium,  fosforus, kalium dan banyak lagi. Dapat dilihat bahawa setiap 100g kurma, terdapat kira-kira 5.0 hingga 206.0mg kalsium di dalam kurma tersebut. Kalsium penting untuk proses fisiologi, pembentukan tulang dan saraf di dalam badan manusia.

4. Berpotensi Mencegah Kanser
Kajian menggunakan ekstrak kurma Ajwa pada kadar 100/mL mendapati bahawa ekstrak kurma Ajwa berpotensi menghalang pembentukan sel kanser/tidak normal di perut, payu dara, paru-paru dan usus yang boleh menyebabkan kanser di organ-organ tersebut. Aktiviti antitumor ini adalah disebabkan oleh kehadiran antioksidan seperti flavonoid, quercetin, steroids dan polifenol yang ada di dalam buah kurma tersebut.

5. Baik Untuk Sistem Penghadaman
Kurma merupakan sumber serat makanan yang baik. Seperti yang kita sedia maklum makanan yang kaya dengan jenis serat membantu melancarkan pencernaan. Kurma mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang mampu meningkatkan saiz najis dan melembutkannya,  meningkatkan kadar pergerakan usus dan  memudahkan najis untuk melalui usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman. Selain itu, kandungan fenolik tinggi dalam buah ini membantu membersihkan usus sehingga berpotensi menurunkan risiko terkena kanker usus.

6. Baik Untuk Otak
Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

7. Memudahkan proses bersalin
Kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour). Kurma dapat membantu proses bersalin kerana komponen yang ada di dalamnya yang boleh mengikat reseptor oksitosin dan meniru fungsi oksitosin yang menyebabkan kontraksi semasa bersalin seterusnya memudahkan proses melahirkan anak.

Wahh banyak betul ye khasiat nya, ada ke kat sini yang tak suka makan kurma ? Rugi betul bagi siapa yang tak makan tau. Bukan sahaja banyak khasiat, tetapi ia juga adalah makanan sunnah ketika bersahur dan berbuka puasa. Semoga tahun ni kita semua dapat berpuasa penuh dan juga dapat menyambut seperti tahun sebelum wujudnya covid di negara kita ini. Aamiin

Nak tahu lebih banyak tentang khasiat pemakanan ? boleh follow instagram  serianum.hq untuk tahu lebih lanjut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share This