Assalamualaikum semua

Hari ini sis nak kongsikan resepi yang simple dan sedap iaitu Daging Masak Hitam
Daging masak hitam ini sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang, ketupat palas dan kalau makan dengan roti pun sedap tau.

Untuk daging jika menggunakan daging lembu tempatan tak perlu rebus dahulu pun tak apa, tapi kalau menggunakan daging kotak import perlu direbus dahulu sehingga lembut.

Untuk resepi daging masak hitam kali ini, kita hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu

✨ Daging
✨ Pes masak hitam Sambaleena

Yang bestnya bila ada pes ni, takperlu lagi dah nak kupas bawang, potong bawang, tak perlu lagi dah nak tumis lama2.

Bahan yang ada dalam pes ini adalah 

✨ Bawang Merah
✨ Bawang putih
✨ Serai
✨ Kicap
✨ Halia
✨ Rempah
✨ Gula
✨ Garam

Cara masak mudah sahaja

✨ Masukkan pes
✨ Masukkan sedikit air supaya tak terlampau kering
✨ Masukkan daging (1 pek pes sesuai untuk 400g daging)

Kemudian tunggu sehingga daging masak dan dah boleh hidang.  Yesszaaaa memang senang sahaja bila ada pes ni, kalau busy kerja, dengan nak urus rumah, urus anak2, guna sahaja pes ni selesai masalah, janji cepat, sedap dan kenyang hehe.

Untuk tengok video full cara kita masak daging masak hitam ini, boleh tengok di instagram sambaleena.my , dan jika nak dapatkan pes sambaleena ini boleh tengok di shopee sambaleena.hq

Selamat mencuba semua

Share This