Assalaumualaikum semua
Harini sis nak kongsikan resepi Ayam sambal gesek
Bahan2 yang diperlukan adalah
✨ Dada Ayam
✨ Bayam brazil
✨ Daun limau purut
✨ Sambal Gesek
Sambal gesek ni adalah sambal ready to eat, bahan yang terdapat dalam sambal tersebut ialah Bawang dan cili, jadi tak pelu lagi dah nak potong bawang, potong cili, mesin bawang, mesin cili, boleh sahaja terus makan atau pun jadikan pes dalam masakan.
Okay jom kita teruskan dengan cara masak ayam sambal gesek ini
✨ Mula2 rebus dada ayam
✨ Selepas ayam dah masak carikkan ayam
✨ Kemudian masukkan sambal gesek ke dalam kuali
✨ Masukkan air sedikit supaya tak terlampau kering
✨ Masukkan daun limau purut
✨ Masukkan ayam yang telah dicarik
✨ Masukkan bayam brazil
✨ Kacau sehingga rata, dan dah siap
Resepi ini sangat simple, tapi kalau makan tu memang bertambah, tambah pula yang jenis kuat makan pedas, memang ngam dengan tekak.
Nak tahu rasa dia macam mana ? Kena lah cuba.
Untuk melihat full video cara masaknya boleh klik di tiktok sambaleena.myhq dan sekiranya nak dapatkan sambal gesek ni boleh dapatkan di shopee sambaleena.hq di website sambaleena , atau pun boleh juga dapatkan dengan agen sambaleena yang berdekatan.
Selamat mencuba semua