Assalamualaikum semua

Harini sis nak kongsikan resepi sambal belacan.
Kalau orang kita ni makan nasi berlauk tambah pula dengan sambal belacan, mesti bila makan tu berselera sangat kan.
Buat sambal belacan ini sebenarnya mudah sahaja, paling mudah zaman sekarang ni bila dah ada blender, tak sampai 5 minit dah lumat kita punya cili semua, senang sangat tak perlu nak menumbuk.

Bahan Bahan yang diperlukan adalah
✨ 3 biji cili besar merah
✨ 2 biji cili besar hijau
✨ 5 biji limau kasturi
✨ Asam jawa
✨ Belacan
✨ Garam
✨ Gula
✨ 9 biji cili api

Cara2 membuatnya

✨ Buang biji cili besar merah dan hijau
✨ Perah limau kasturi dan buang biji (supaya sambal belacan tak pahit)
✨ Bancuh asam jawa dengan air suam (supaya sambal belacan tahan lebih lama)
✨ Blender
– Masukkan Cili besar merah dan hijau
– Masukkan kulit limau kasturi
– Masukkan air limau
– Masukkan air asam jawa
– Masukkan belacan (Tips*Kalau dibakar lebih sedap)
– Masukkan gula 1 sudu (Nak letak lebih boleh taknak letak pun tak apa)
– Masukkan garam secukup rasa
– Masukkan cili api dalam 9 biji (Tips*tinggalkan beberapa biji cili yang masih bertangkai supaya bila makan tak sakit perut)

Dah siap blender sedia untuk dihidang, simple sahaja resepi tapi yang pasti menaikkan lagi selera bila makan, btw untuk lihat video penuh cara buat sambal belacan ini, boleh tengok di tiktok sambaleena.my selamat mencuba semua.

Share This