Assalamualaikum semua

Harini sis nak kongsikan resepi yang simple sahaja iaitu Roti Pizza
Kalau duduk sorang sorang tapi teringin nak makan pizza boleh lah buat resepi simple dan jimat ini. Nak beli di kedai pizza pun boleh tapi mahal dan membazir jika tak habis makanan tu kan, so baik kita buat je sendiri.

Resepi pizza ini tak perlu nak buat adunan roti, hanya menggunakan roti putih sahaja, senang dan cepat. Ia sesuai dimakan pada waktu sarapan , makan petang mahupun malam, yang pasti ikut tekak sendiri nak makan waktu bila hehe.

Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat roti pizza adalah

✨ Roti putih
✨ Sosej
✨ Sos cili
✨ Mayonis
✨ Cheese parut / Mozarella cheese

Cara membuatnya

✨ Sapukan sos cili di roti
✨ Letakkan sosej ( Boleh je nak guna topping lain Cth : tuna, cendawan, isi ketam ) Tengok lah dalam peti ais tu ada apa, hehe
✨ Sapukan Mayonis
✨ Taburkan cheese
✨ Bakar guna air fryer suhu 180c dalam 5 minit

Simple kan ? lepas ni boleh lah buat sendiri dirumah. Jika anda mahu tengok video cara sis buat roti pizza ni, boleh lah singgah di tiktok sambaleena.my. Selamat mencuba semua.

Share This