Setiap negeri mempunyai makanan tradisi masing2 termasuklah negeri yang terkenal dengan penyu ini iaitu negeri terengganu.
Kalau pergi bercuti di negeri terengganu jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai menu tradisi negeri terengganu ini okay.
Terdapat banyak hidangan tradisi yang masih kekal di negeri ini, jom kita check it out menu yang patut kita cuba.

1. Nasi Dagang

Nasi Dagang seringkali dijadikan menu sarapan pagi di negeri Terengganu ini. Nasi dagang kebiasaannya dihidangkan bersama daun pisang dengan kari ikan tongkol serta sayur campur. Nasi dagang Terengganu berwarna putih dan menggunakan beras khas. Ia dicampurkan dengan halba supaya lebih wangi dan sedap.

2.  Ketupat Sotong

Ketupat Sotong adalah salah satu juga menu negeri terengganu ia merupakan sotong yang disumbat dengan beras pulut dan dimasak dengan santan pekat. Hidangan ketupat sotong kebiasaanya dihidang bersama dengan nasi putih. Di Terengganu menu lauk ketupat sotong lebih dikenali dengan nama ‘tuppat sutong’ ataupun ‘sutong sumbak’.

3. Keropok Lekor

Paling tak lupa kalau singgah negeri Terengganu ini mesti akan teringat dengan keropok lekornya kan. Kerepok lekor ini jika banyak isi ikan yang dicampur maka lebih sedap dan lembut keropok lekor tersebut. Macam yang kita tahu negeri Terengganu ini kaya dengan sumber ikan sebab itu kerepok lekor di terengganu ini lebih sedap.

4. Satar

Memandangkan stok ikan mudah didapati di negeri ini, jadi terhasil lah lagi satu menu yang berasaskan ikan iaitu satar. Satar diperbuat daripada adunan isi ikan dengan campuran bawang merah dan halia, digaul dengan santan dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan dicucuk pada batang buluh dan seterusnya dipanggang di atas dapur arang. Ia boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja.

5. Ikan Singgang

Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Asas protin untuk membuat lauk singgang tidak tertakluk kepada ikan sahaja bahkan ada yang menggunakan sotong dan ada juga menggunakan daging lembu. Kalau setiap hari raya korban, singgang daging menjadi menu wajib di kebanyakan masyarakat orang Terengganu.

Ini baru sebahagian makanan tradisi negeri Terengganu, sebernarnya banyak lagi tapi yang pasti kalau anda pergi bercuti di negeri ini jangan lupa cuba 5 makanan ini. Rugi tak cuba tau.

Share This