Assalamualaikum semua

Harini sis nak kongsikan tentang khasiat air halia. Seperti semua sedia maklum bahawa halia merupakan sejenis tumbuhan yang sering dijadikan perisa tambahan didalam masakan kerana rasanya yang sedikit pedas dan mampu memberi aroma kewangian dalam masakan.
Halia  terkenal dalam kalangan orang India dan Cina yang dipercayai telah menjadikan halia sebagai akar tonik pada 5000 tahun yang lalu sebagai salah satu perubatan alternatif.

Kini, halia telah tumbuh secara meluas di kawasan tropika yang lembab dan India menjadi negara terbesar pengeluaran halia. Malah, di Malaysia kebanyakan individu sudah mempunyai tanaman halia sendiri di belakang halaman rumah masing-masing bagi mendapatkan manfaat halia tersebut.

Antara khasiat air halia adalah :

1. Meredakan Rasa Pening Kepala
Jika kerap mengalami pening kepala, cuba kunyah sedikit halia mentah atau rebusnya di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi juga dikatakan dapat membantu mengurangkan pening kepala.

2. Memastikan Kitaran Darah Normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang mampu membantu meningkatkan kitaran darah dan mampu membantu mencegah kita daripada demam dan mengalami peluh yang berlebihan. Ia juga dikatakan dapat membantu memperbaiki tahap gula dalam darah untuk individu yang mengalami diabetes.

3. Mencantikkan Kulit Wajah
Halia antara bahan yang dikatakan boleh membantu dalam hal itu. Ia mengandungi sekitar 40 sebatian antioksidan. Antioksidan dalam halia disebut sebagai mampu memulihara kolagen kulit anda. Ia dipercayai boleh meningkatkan penggantian sel tubuh, sekali gus membantu menangani kulit yang kendur.

4. Membantu Sistem Penghadaman
Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang berwarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’. Ia merupakan bahagian pada tumbuhan yang mampu membantu merangsang sistem penghadaman manusia. Ia juga dapat membantu dalam melegakan sembelit, kembung perut dan juga kekejangan.

5. Membantu Menurunkan Berat Badan
Halia dapat membantu menurunkan berat badan termasuk jumlah berat badan serta nisbah pinggang. Kajian mendapati minum minuman halia panas setelah makan akan terasa lebih kenyang dengan lebih lama. Selain itu, gula dalam darah yang seimbang juga dapat mengelakkan daripada makan secara berlebihan.

6. Kurangkan Rasa Sakit Ketika Haid
Halia juga boleh bertindak sebagai ubat untuk kekejangan haid. Halia mampu menahan pengeluaran bahan kimia yang membuat rahim anda mengecut yang membuatkan rasa kesakitan.

7. Mencegah Kuman Dalam Tubuh Badan
Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman. Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selesema, batuk. Jika mempunyai simptom boleh buat air halia dan minum 2 ke 3 kali sehari.

8. Dapat Menambahkan Susu Badan Ibu
Bagi ibu yang sedang menyusukan anak, halia mampu merangsang pengeluaran susu ibu.

9. Menghapuskan Sel Kanser
Kajian menunjukkan bahawa halia dikatan mampu menghapuskan serta menghentikan sel kanser daripada terus merebak seperti kanssr ovari dan kanser payudara.

10. Menghilangkan Bau Badan
Halia juga membantu menghilangkan masalah bau badan. Bagi mengatasi masalah bau badan ini boleh amalkan minum air halia ini bersama teh setiap hari ataupun kunyah halia yang ditumbuk hancur.

11. Menjaga Kesihatan Mulut
Kekuatan antibakteria halia juga sangat berguna untuk kesihatan mulut. Sebatian aktif dalam halia yang disebut sebagai gingerol boleh mencegah bakteria di dalam mulut. Bakteria ini adalah bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit periodontal, iaitu jangkitan gusi yang serius.

12.  Dapat Membuang Angin Dalam Badan
Halia dapat membantu membuang angin dan toksin di dalam badan. Hiris halia dalam 1 inchi dan rendamkan didalam air panas bercama uncang teh tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan minum boleh setiap hari.

13. Mengurangkan Rasa Mual
Halia sangat berkesan pada ibu mengandung terutamanya yang mempunyai simtom muntah-muntah pada waktu pagi. Di dalam satu kajian, pengambilan halia 1.1g- 1.5g mampu mengurangkan simptom loya yang dihadapi oleh ibu mengandung. Halia tersebut perlu direneh selama beberapa minit sebelum dihidang.

Share This