Assalamualaikum semua

Harini sis nak kongsikan resepi mee kari yang simple.
Mee kari ini sesuai dihidangkan waktu rumah terbuka ke jamuan ke mahupun waktu hari hari biasa.
Walaupun bahan yang digunakan banyak, tapi memasaknya tidak serumit yang disangka.

Okay Jom kita teruskan dengan cara memasak Mee kari ini 🥘 👇


Bahan-bahan yang diperlukan

✨ Mee Kuning
✨ Tahu pok
✨ 4 sekawan
✨ 6 Biji Bawang merah
✨ 4 ulas bawang putih
✨ 1 inchi Halia
✨ 1inchi lengkuas
✨ 1 batang serai
✨ udang kering
✨ Serbuk kari ikan
✨ Serbuk kari daging
✨ Serbuk kunyit
✨ Ayam
✨ Fishball
✨ Fishcake
✨ Sawi
✨ Santan
✨ Asam jawa

Cara memasaknya
🥘 Celurkan mee kuning sekejap
🥘 Tumiskan bahan rempah 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga, 2 tangkai daun kari
🥘 Masukkan bahan kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan udang kering
🥘 Masukkan sambal serbaguna
🥘 Masukkan pes rembah kari
🥘 Masukkan air
🥘 Masukkan asam keping
🥘 Masukkan isi ayam
🥘 Masukkan fish cake, fishball, tauhu
🥘 Masukkan santan
🥘 Masukkan garam secukup rasa
🥘 Masukkan sayur
🥘 Dah siap
🥘 Boleh dihidangkan bersama telur rebus dan isi ayam

Btw kalau korang nak tengok video cara kita buat boleh tengok di tiktok sambaleenaofficial
Selamat mencuba semua

Share This