Assalamualaikum semua,
harini sis nak kongsikan resepi cendawan enoki goreng
Kebiasaannya jika kita makan steamboat mesti akan jumpa cendawan enoki ni.
Cendawan enoki juga sesuai dibuat sebagai kudap kudapan dengan cara goreng tepung, sedap bila makan rangup2.
Pasti tak cukup kalau goreng 1 pek sahaja. Cendawan enoki juga sangat murah nak dibandingkan dengan cendawan yang lain. 1 pek boleh dapat dengan harga RM1.00.

Walaupun harganya murah, terdapat juga khasiat yang tersendiri. Cendawan enoki ini dikatakan boleh meningkatkan metabolisma badan, membantu mengurangkan lemak, memperbaiki sistem pencernaan.

Jom kita teruskan dengan resepi cendawan enoki goreng

Bahan bahan yang diperlukan

✨ Cendawan Enoki
✨ Kulit popia
✨ Tepung bestari

Cara membuatnya

✨ Potong hujung cendawan
✨ Leraikan cendawan mengikut saiz yang kita nak
✨ Kulit popia perlu dipotong 4 sekiranya besar, jika saiz kulit popia kecil tak perlu potong pun tak apa
✨ Balutkan kulit popia dengan cendawan enoki tadi (balut separuh bawah sahaja)
✨ Buat bancuhan tepung (Masukkan air kedalam tepung, Jangan terlampau cair)
✨ Celupkan cendawan yg dah dibalut kedalam bancuhan tepung
✨ Kemudian salutkan dengan tepung bestari (tanpa air)
✨ Goreng dalam minyak yang panas
✨ Dah garing sedia dihidang

Untuk video full cara kita buat cendawan enoki goreng ini, boleh tengok di tiktok sambaleenaofficial , selamat mencuba semua

Share This