Assalamualaikum semua,

Harini sis nak kongsikan resepi jagung cheese, mestilah selalu juga kan jumpa orang meniaga di tepi2 jalan, dekat pasar malam ke kan. Tapi kadang tu masa kita nak makan mesti susah cari, betul tak ?

Dari pening2 fikir kat mana nak cari, apa kata kita cuba je buat sendiri dirumah. Lagipun senang je resepi ni, tak perlu lama2 kat dapur pun untuk buat ni.

Jom kita teruskan dengan cara buat jagung cheese

Bahan – Bahan yang diperlukan

✨ Butter
✨ Jagung
✨ Gula Merah
✨ Garam
✨ Mayonis
✨ Cheese Mozarella

Cara membuatnya

✨ Masukkan butter dalam kuali panas
✨ Masukkan Jagung
✨ Masukkan gula merah
✨ Masukkan garam sedikit
✨ Masukkan mayonis
✨ Masukkan cheese mozarella
✨ Bila jagung dah lembut dan cheese dah cair, sedia untuk dihidang

Simple je kan cara buat jagung cheese ni ? so lepas ni anda semua boleh cuba buat dirumah pula. Nak tengok cara sis buat resepi ni, jemput lah tengok di tiktok sambaleenaofficial 

Selamat Mencuba Semua.

Share This