Assalamualaikum semua
Harini sis nak kongsikan resepi cara masak Kuey Teow Kungfu
Buat kuey teow kung fu ni mudah je sebenarnya tau, bahan bahan pun mudah didapati. Kalau dah tahu cara nak buat ni boleh buat dirumah kan, takdelah sibuk order di kedai sahaja. Jom kita teruskan dengan cara membuatnya
Bahan bahan yang diperlukan
✨ Kuey Teow
✨ 2 Biji Telur
✨ 1 sudu kecil lada sulah
Bahan untuk kuah
✨ Bawang putih
✨ Isi Ayam (Boleh juga masukkan udang atau sotong)
✨ Kiub ayam
✨ Air
✨ Sos Tiram
✨ Carrot
✨ Bunga Kobis
✨ Bancuhan tepung jagung
✨ Lada hitam
✨ Lada Putih
✨ Cili api
Cara Memasak Kuey Teow
✨ Kuey Teow dibasuh dengan bersih
✨ Ambil Kuey Teow dan gaulkan dengan telu dalam 1 ke 2 biji
✨ Tuang sedikit lada sulha
✨ Goreng dalam minyak panas (Buat macam goreng telur dadar terbalik balik kan dia)
✨ Dah garing ketepikannya
Cara Masak kuahnya
✨ Tumis bawang putih
✨ Masukkan Isi ayam
✨ Masukkan kiub pati ayam
✨ Masukkan air
✨ Masukkan sayur carrot , bunga kobis
✨ Masukkan sos tiram
✨ Masukkan bancuhan tepung jagung
✨ Masukkan lada hitam
✨ Masukkan lada putih
✨ Masukkan cili api
✨ Massak sehingga kuahnya pekat
✨ Kemudian dah masak boleh hidang bersama kuey teow yang telah digoreng tadi
Yang seronoknya bila masak sendiri di rumah, boleh campur bahan bahan didalam mengikut banyak mana yang kita mahu,, kalau di luar ni mahu mahal bila nak dibayar nanti
Jika anda ingin lihat video cara sis buat roti boy ni boleh lah tengok di tiktok sambaleenaofficial
Selamat mencuba semua