Assalamualaikum semua

Harini sis nak kongsikan resepi cornflakes madu, almaklumlah puasa tinggal beberapa hari je lagikan, so sis pun nak readykan lah sikit kuih untuk raya nanti

Cornflakes madu ni bukan setakat anak anak je yang suka tau, ini mak bapak pun sekali licin kalau makan, rasa rangup cornflakes tu macam makan keropok je.

Bahan bahan yang digunakan
– Butter 250g
– Cornflakes 500g
– 1/2 cawan madu
– 2sb gula
– Sprinkles

Cara membuatnya
– Cairkan butter atas kuali
– Masukkan Gula
– Masukkan madu
– Gaulkan dengan cornflakes
– Dah siap gaul masukkan dalam papercup
– Taburkan sprinkles
– Bakar dalam suhu 150c 10 minit

Kemudian sedia untuk dihidang, senang je kan buat ni ? lepas ni korang boleh cuba buat sendiri dirumah tau.
Nak tengok video cara sis buat cornflakes madu ni ? boleh tengok di tiktok sambaleenaofficial

Selamt Mencuba Semua

Share This