soalan lazim
Sambal ni tahan berapa lama?
Sambal ini secara teknikal sebelum dibuka penutupnya tahan selama 6 – 12 bulan.
Selepas sambal dibuka, mestilah disimpan di peti sejuk supaya tahan selama 5-7 hari.
Lepas buka penutup, mesti letak dalam peti ais ke? Jika letak luar suhu bilik tahan berapa lama?
Selepas dibuka, sambal perlu diletakkan ke dalam peti ais untuk tahan lebih lama dan jika diletakkan diluar suhu bilik, sambal masih elok dimakan selama 5-7 hari bergantung cara penjagaan kerana udara dan sudu basah akan merosakkan sambal.
Selepas buat payment, bila boleh saya dapat sambal?
Sambal akan dipos pada keesokan hari bekerja. Isnin sehingga Jumaat. Pembayaran yang dibuat sebelum jam 12 tengahari akan dipos pada hari yang sama.
Semuanya bergantung kepada stok sambal yang ada.
Sambaleena menggunakan pos Citylink sahaja?
Sambaleena menggunakan Citylink sebagai perkhidmatan pos untuk menghantar produk Sambaleena. Bagaimanapun, atas sebab munasabah, kami akan menggunakan perkhidmatan dari servis pos lain.
Apa bestseller sambaleena?
Best seller Sambaleena adalah Sambal ijo diikuti oleh Sambal penyet dan Sambal ketuk.
Saya ada alergik. Boleh makan ke?
Sambal kami kemungkinan mempunyai Udang, Ikan bilis dan Kacang Soya kerana mesin pemprosesan kami menggunakan alat yang sama. Oleh itu, pada yang alah dengan bahan yang disebutkan, dinasihatkan untuk berhati2 apabila membuat pembelian.
Vegan boleh makan ke?
Tidak sesuai untuk Vegan kerana produk kami mempunyai sumber protien seperti udang dan ikan bilis.
Boleh pos sambal ke luar negara?
Kami masih boleh membuat pengeposan cuma kos pengeposan ke luar negara amat tinggi.
Ibu mengandung boleh makan?
Ya, ibu mengandung boleh menikmati Sambaleena.
Sambal boleh bawa ke luar negara ke?
Ya, Sambaleena boleh di bawa ke luar negara.
Sambal mana yang pedas & yang kurang pedas? Saya tak boleh makan pedas sangat. (cs minta suggestion)
Setiap sambal kami mempunyai level kepedasan masing2. Sambal paling pedas adalah Sambal Penyet dan kurang pedas adalah Sambal Tempe. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk di website kami di tab bahagian Menu.
Sambal apa yang sedap?
Sambal apa yang sedap. semestinya selera adalah sangat subjektif. Boleh rujuk Testimoni dari pelanggan Sambaleena di Tab Testimoni website kami.
Sambal nie, ada petai ke?
Buat masa ini, kami tidak mempunyai sambal petai.
Sambal nie ada letak bahan mentah lain ke? Cth : daging, ayam, petai
Buat masa ini, sambal kami hanya mempunyai ikan bilis sebagai sumber protien dan belacan dari udang.
Sambal apa yang dalam pack? Tahan lama sekiranya dah dibuka ke?
Kebanyakkan semua sambal kami sudah dipack menggunakan aluminium pouch untuk mereka yang ingin membawa ke luar negara atau untuk memudahkan penyimpanan.
Jika sudah dibuka, boleh dipindahkan ke dalam bekas berpenutup yang kedap udara yang kering.